Sunday, April 3, 2011

umi... :'(

Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas .

Umi ... kenapa umi pergi tinggalkan kami semua cepat sangat ? kami semua belum puas merasa kasih sayang umi . sampai saat ni , kami semua masih tak boleh terima hakikat bahawa kami dah kehilangan umi buat selamanya . setiap masa , bila rumah sunyi , uda akan terdengar-dengar suara umi bercakap , berborak dengan kami , bergurau senda dengan kami , bergelak ketawa dengan kami , suara umi marah kami . Dan ketika lalu depan bilik umi , uda selalu terasa macam umi ada kat dalam bilik tu . uda rindukan umi sangat-sangat . uda kesian tengok ayah , menangis tiap-tiap kali lepas sembahyang , tiap-tiap kali nak tidur , tiap-tiap kali nak makan , n ape saje yang dia nak buat , mesti dia akan menangis terkenangkan umi . uda tahu , kasih sayang dan cinta ayah kat umi masih kuat hingga kini . begitu juga dengan kami semua . kami semua belum boleh terima sesiapa sebagai ganti umi . uda rindukan peluk cium umi . sampaikan ada 1 malam , uda mimpikan umi dalam tidur . umi peluk uda n uda menangis semahunya dekat umi . :'(
uda ingatkan itu realiti , tapi bila uda tersedar , umi dah tak ada . :'( tapi walau macam mane pun , uda kena terima hakikat walaupun pahit , yang umi memang tak akan balik semula . Setiap kali lepas sembahyang , uda tak lupa untuk doakan umi dan sedekahkan Al-Fatihah untuk umi . Dengan harapan , semoga umi tenang di alam sana , dan bahagia disisi orang-orang beriman . Amin~ Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

MyEm0.Com